19 Mei 2013

Dah bersedia ke Aku?

Hallu... Assalamualaikum.. Dah bersedia ke aku? huhu.. Insya Allah.. Tak sampai dua minggu je lagi nak bergelar isteri orang. Rasa macam sekejap je masa datang dan pergi. Berdebar pun ada.

Semoga segalanya berjalan lancar. Persiapan pun sedang dibuat sekarang ni. Tapi banyak lagi benda tak siap. Ada sahabat yang menolong, tak kurang yang hanya melihat.. Pape pun, terima kasih banyak-banyak.. hehehe..

Dah dekat nak jadi B2B ni, macam-macam dugaan yang datang. Ada yang support, ada juga yang mengutuk. Ada yang tanya macam-macam soalan yang buat aku 'mati kutu' nak jawab. Kepada yang mengomen banyak-banyak tu, terima kasih kerana sudi bagi pandangan anda. Saya sangat hargainya.

Semoga keluarga yang bakal dibina nanti akan menjadi keluarga yang bahagia. ^_^

13 Mac 2013

Persediaan B2B ...

Alhamdulillah.. Keluarga dah bersetuju dah.. insya Allah bulan Jun nanti status aku akan bertukar.. Hahaha.. Setelah hampir 7 tahun kenal dia.. Lama dia menanti..
   Sekarang ni, sangat sibuk dengan praktikum akhir, lepas tu dengan AR (Action Research) lagi.. Tapi rasa macam tahun akhir ni, semangat lain sikit dari sebelum-sebelum ni.. Maklumlah, B2B katakan..
   Dalam kesibukan belajar ni, aku turut menyibukkan diri dengan memikirkan nak buat persediaan untuk majlis Jun nanti.. Sakit kepala mikir.. Nak sewa baju, bila pergi kedai pengatin, maaf kak, baju semua orang dah tempah.. Lepas tu, aku dan Encik Tunang buat kata sepakat untuk tempah jelah.. Aku tak kisah pun.. Baju tak jahit lagi, tak sempat nak jumpa tukang jahit hari tu.. Sekarang ni aku duk pikir nak design baju tu, nk tmbah manik, nak letak border lace bagai..
   Tu bahagian baju..Lepas tu kad tak buat lagi.. Kad dh design dah, tunggu nak print je.. Untuk doorgift tetamu, aku ada buat bakul daripada kertas surat khabar.. baru siap 89bijik.. Aku ingat nak buat sampai 200bijik je kot.. tu pun kalau sempat.. Bunga telur pun aku buat sendiri guna kertas tisu.. nak tengok hasil daripada tangan sendiri. Kasi puas hati.. ngeee....
 
 
Taraa... Ni lah bakul telur hasil tangan sendiri..  Comey tak? hihi..

06 Januari 2013

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2013! Walaupun dah lewat seminggu, tapi nak ucap jugaklah.. :)
Tahun ni aku dah masuk tahun akhir pengajian. Wahh... dah Semester 7 dah. Habis semester ni, tinggal satu semester je lagi untuk menamatkan pengajian.
Praktikum untuk semester ni 3 bulan. Di sekolah baru, cikgu baru, murid-murid baru. Harap semuanya berjalan lancar. Insya Allah..