08 April 2010

Kalau Satu Hari

Kalau satu hari awak nak menangis,
bagitau saya,
saya tak janji nak buat awak senyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak…

Kalau satu hari awak ada masalah,
bagitau saya,
saya tak janji nak bagi awak penyelesaiannya,
tapi awak boleh kongsi dengan saya...

Kalau satu hari awak mahu berjalan pergi,
bagitau saya,
saya tak janji untuk halang awak pergi,
tapi saya boleh berjalan bersama awak…

Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak,
bagitau saya,
saya janji akan ada untuk awak sementara saya masih ada...