Hallu... Assalamualaikum.. Dah bersedia ke aku? huhu.. Insya Allah.. Tak sampai dua minggu je lagi nak bergelar isteri orang. Rasa macam sekejap je masa datang dan pergi. Berdebar pun ada.
Semoga segalanya berjalan lancar. Persiapan pun sedang dibuat sekarang ni. Tapi banyak lagi benda tak siap. Ada sahabat yang menolong, tak kurang yang hanya melihat.. Pape pun, terima kasih banyak-banyak.. hehehe..
Dah dekat nak jadi B2B ni, macam-macam dugaan yang datang. Ada yang support, ada juga yang mengutuk. Ada yang tanya macam-macam soalan yang buat aku 'mati kutu' nak jawab. Kepada yang mengomen banyak-banyak tu, terima kasih kerana sudi bagi pandangan anda. Saya sangat hargainya.
Semoga keluarga yang bakal dibina nanti akan menjadi keluarga yang bahagia. ^_^