12 September 2011

Pulau Langkawi

  Dah lama aku berangan-angan nak ke Pulau Langkawi, akhirnya dapat juga pergi. Aku teringin nak melawat makam Mahsuri. Alhamdulillah, dapat juga aku tengok. Sangat teruja dan macam tak percaya pun ada yang aku dah sampai kat Pulau Langkawi.

  Walaupun kedatangan aku yang pertama kali ni agak semput kerana kekurangan duit, tapi syukur la dapat juga jejakkan kaki kat sini. Aku dapat shopping kat Ram's, Haji Ismail Group, gi melawat makam Mahsuri, gi Beras Terbakar, gi Pantai Pasir Hitam, dapat tengok helang besar dan paling best dapat naik cable car. Tak gayat pun..=)

  Pape pun, aku seronok sangat. Tapi yang tak seronoknya, balik2 KB, aku demam, cirit, asma, dan selesema.. Semua dapat. huhuhu...
p/s : Teringin nak gi lagi bersama family..sh0ping pinggan mangkuk..=P

07 Ogos 2011

Ayah dan Ibu

  Ayah dan ibu. Aku sayang sangat mak ayah aku. Kat mak paling sayang. Dulu aku paling sayang kat ayah. Tapi ayah tak sporting sangat ngan aku. Asyik-asyik ngan adik bongsu je. Aku rapat ngan mak pulak. Dulu time nak tidur, mesti mak kena temankan aku tidur dulu. Bila aku dah tidur, barulah mak akan masuk bilik dia. Kalau aku tak tidur mesti aku akan panggil dan panggil mak suruh dia teman aku tidur. Naik sekolah menengah baru aku boleh tidur sendiri.

   Kalau time makan pula, mak akan masak dan hidangkan nasi untuk kami sekeluarga. Sebab tu aku pandai masak. hahaha... Mak tahu aku tak suka nasi panas, dia akan sejukkan dulu nasi tu sebelum panggil aku makan. Kalau nasi tu panas, aku akan mengamuk dan tak nak makan. Comel sangat perangai aku. huhuhu...

  Bilik tidur aku, mak yang kemaskan. Dulu mak tak bagi aku buat apa-apa, semua dia yang buatkan. Tapi semenjak dua menjak ni, mak dah mula kerja. Bila balik kampung, semua aku buat sendiri. Terasa jugak la aku. Sebab sebelum ni semua mak buat. Tiba-tiba kena belajar buat sendiri. Mungkin ada hikmahnya, aku pun dah besar. Kalau dulu tu yelah jugak, sbab masih sekolah.

  Bila aku demam atau sakit, mak dan ayah akan jaga aku. Biasa ayah akan temankan aku. Mak tak layan sangat. Mungkin sebab dia banyak kerja. Tambah pulak aku kalau tak sihat, aku tak nak sape-sape. Aku nak sorang diri. Tak nak orang ganggu kot. Pape pun, aku sayang mak ayah aku. Aku teringin nak jadi macam mak. Seorang yang sangat penyabar. Aku ni pemarah. huhuhuhu..... i love u ols..

01 Ogos 2011

Puasa ~

  Alhamdulillah syukur sebab aku sempat berpuasa pada tahun ini. Tadi sahur pertama untuk tahun ini. Sayu sangat hati aku. Teringat kat mak kat kampung. Biasa kalau sahur, dia yang kejut aku bangun. Makanan semua dia dah sediakan. Aku bangun makan je.
  Tadi aku call mak.
Aku : mak sahur makan ape?
Mak : mak makan nasi ngan ikan kering je..
Aku : yelah tu ikan kering, mesti makan sedap ni xnak bgtau orang.
Mak : Tak lah.. Biasa je..mak takut kamu terliur.. dia ketawa.
Aku : Tak terliur pun mak. Orang minum air horlick nga roti je mak..
Aku : ......... T_T

Aku harap puasa tahun ini penuh keberkatan dan segala doa termakbul. InsyAllah...

29 Julai 2011

Kenangan Kem Etnobotani

   Alhamdulillah..Setelah empat hari tiga malam aku harungi di kem Etnobotani, tamatlah sudah perkhemahan pengakap. Time nak balik tu, rasa macam sedih la pulak. Masa kat sana semangat nak balik. Tapi walau mana-mana saja yang aku pergi pasti meninggalkan secebis kenangan suka dan duka.

   Di kem ni, aku suka sebab dapat kenal ramai kawan dari kelas lain yang sebelum ni aku tak perasan pun yang dia tu wujud.. Tak ambil tahuhnya aku. Kat sini aku kenal dan bercakap dengan semua orang. Seronok. Tapi disebalik suka itu pasti ada masa duka. uhuhu.. Tinggal kat sana sangat susah sebab sumber air tak de. Apa pun tak boleh. huuhuhu..
  Ape pun, aku gembira kat sana. Aku dapat mendaki bukit dan masuk dalam gua. Ni adalah kenangan terindah buat aku. Harap lepas ni geng pengakap dapat buat lagi..dan harap xde yang gila kuasa.. =)

03 Julai 2011

Pening ~

  Sejak kebelakangan ni aku selalu je sakit kepala. Pening dan rasa letih sangat. Tadi aku pergi check. Kebetulan pulak tadi ada kawan nak ke klinik, aku tumpang sekali.

   Sampai kat klinik tadi, aku daftar dan aku dapat nombor 1085. Tunggu dekat sejam setengah jugak la. Pastu baru dapat jumpa doktor. Dia check tekanan darah. Dia cakap tekanan darah awak rendah ni. Awak tak makan ke? Awak ada jaga malam ni.. Awak pun kurang air dalam badan. Ish2.. semua dia cakap tu betul.

  Hypotesion atau tekanan darah rendah ni bahaya sikit dari hyper. Aku kena makan banyak sikit. Tapi aku kan hantu makan, gane plk boleh tak cukup makan. Takpelah. Aku harap aku cepat2 sihat. Aku nak sihat macam orang lain..=)

22 Jun 2011

Cintaku

   Alhamdulillah syukur sangat. Tiga hari lepas, 19 Jun 2011 genap usia perkenalan kami selama lima tahun. Wahh...dah lama jugak Nuhara kenal ngan F ye. Rasa macam semalam je baru kenal. Rasa macam semalam je baru F hantar SMS kat aku cakap nak berkenalan. Rasa macam baru semalam.... Ceewah...

  Harapan aku moga-moga kami dipanjangkan jodoh hingga ke alam perkahwinan dan hidup bersama selagi hayat dikandung badan. Aku sayang dia. He is my first love. Tak pernah ada lelaki lain yang bertakhta di hati, hanya dia. huhu..

   Aku juga nak mengucapkan terima kasih bebanyak kepada F sebab sentiasa menemani hari-hari aku dan sabar dengan perangai aku. Aku ni panas baran, degil dan cemburu buta. Ish..ish.. Teruk benor aku ni ye. Huhuhu.... Pape pun, thanks a lot ye sayang... :-*

17 Jun 2011

Satu Malam

   Malam tu, hampir 15 tahun lepas. Hujan turun dengan lebat. Kilat sabung menyabung dan petir berdentum. Angin ribut sangat kuat. Aku ditemani mak dan adik. Aku sangat takut. Elektrik belum ada kat rumah aku masa tu. Masih guna pelita. Pelita terpadam kerana hembusan angin yang sangat garang.

   Dalam samar-samar cahaya kilat, aku lihat dinding rumah sudah basah terkena hujan. Atap rumah daripada zin seakan-akan terangkat. Air hujan mula menitis ke mukaku. Rumah yang beratap seakan-akan sudah tiada bumbung. Tiba-tiba sebatang pokok depan rumah aku tumbang. Tangisan aku makin kuat mengajak mak keluar dari rumah. Tapi aku tak tahu nak pergi ke mana. Rumah mula bergoyang-goyang seakan hendak menyembah bumi.

   Aku menangis lagi. Usia aku masih terlalu muda masa tu. Aku tak pasti sama ada umur empat ke lima tahun. Tapi kejadian itu masih segar dalam ingatan aku dan kejadian malam tu jugak sentiasa menghantui hidup aku sampai sekarang... Harap aku kuat..

05 Jun 2011

Aku...

  Dulu masa sekolah rendah, aku kayuh basikal ke sekolah. Tengah panas terik, aku gagahkan untuk sampai kerumah. Dalam perjalanan, aku selalu tengok rumah-rumah banglo besar kt tepi jalan. Aku cakap 'Nanti aku dah besar, aku NAK rumah macam ni' tu cita-cita aku. Bila cikgu tanya nak jadi apa nanti besar, aku akan cakap, ' Cita-cita saya nak jadi cikgu, saya nak buat rumah besar'..huhuhu...

  Tapi tu masa kecik yang tak tahu apa-apa. Bila masuk sekolah menengah, aku suka tengok makcik-makcik pakai barang kemas banyak dan besar-besar. Aku selalu cakap, ' Nanti aku dah kerja, aku nak beli semua yang macam ni. Aku nak pakai dan belikan untuk mak ngan adik'.. huhuhu...

   Sekarang aku dah masuk IPT, aku hidup bersederhana, dari segi barang, pakaian dan semua aku bersederhana. Aku pakai yang secondhand dan bundle je. Takpelah janji baru ngan aku walaupun orang dah guna lama. Aku tinggal dikawasan perumahan yang kebayakannya berkeluarga dan agak mewah la. Aku selalu tengok kereta-kereta mewah jiran. Aku selalu cakap, ' Nanti dah kerja, ada duit banyak bolehlah pakai kereta macam ni..' huhuhu...

   Ni lah impian dan cita-cita dari kecik sampai sekarang, masa ke depan lagi tak tau la aku bercita-cita nak apa pulak kan..huhuh.. Alhamdulillah aku bersyukur, sebab sekarang aku dah ada rumah yang elok walaupun bukan rumah besar. Mujur jugak aku bukan yang jenis gilakan telefon bimbit dan laptop canggih macam ipad, iphone n bb.. Aku guna semua barang secondhand dan orang bagi..huhu..rezeki aku kan..

19 Mei 2011

Kau pergi

   Dalam seminggu dua ni, hati aku teringat-ingat kat arwah atuk dan nenek aku. Atuk aku tu, aku panggil Chek (Panggilan bagi ayah untuk orang Pantai Timur) dan nenek aku panggil Mek. Chek, ayah kepada ayah aku dan Mek, emak kepada mak aku. Hati ini sentiasa rindukan mereka. Aku harap mereka bahagia di dunia sana.

   Aku dulu rapat sangat dengan Chek. Dengan Mek, tak rapat sangat sebab aku membesar dengan keluarga sebelah ayah. Jadi, keluarga sebelah mak, aku tak berapa sangat. Tapi aku puas hati la sebab sempat jaga mereka sebelum mereka pergi tinggalkan aku walaupun sekejap. Aku rasa rindu sangat-sangat kat Chek. Aku manja sangat dengan dia. Memandangkan aku je yang suka dengar cakap dia, dia pun sayangkan aku.

   Chek pesan suruh aku jadi cikgu atau nurse. Dia suka dua-dua kerja ni. Dan sekarang Chek, cucu mu ini berusaha untuk menunaikan janji. Kalau lah dia masih ada. Mesti dia seronok dan bangga dengan aku. Aku gembira. Tapi bila teringatkan dia, hati aku sayu, sayu sangat. Chek pernah cakap, ' Nanti Jah jadi cikgu, tolong mak ayah, walaupun masa tu Chek dah tak ada'.. Dia bagitau aku ni masa aku Tingkatan 2, tahun 2004 lagi. Aku rindu dia sangat-sangat.

   Tadi aku hadiahkan dia ayat-ayat suci Al Quran. Aku tak sempat nak balas kebaikan dia, hanya itu sahaja yang aku mampu bagi untuk dia. Dan aku akan cuba untuk tunaikan janji aku pada dia untuk jadi cikgu. Aku harap aku boleh jumpa dia kat sana nanti. Aku juga akan pergi. Cuma bila masa dan waktunya, aku sendiri pun tak pernah tahu..................

17 Mei 2011

Kalaulah Dia Tahu

     Dah lama aku tak update blog ni. Nasib baik tak bersawang. Hehehe. Tajuk entry aku kali sebenarnya saja-saja je. Ada pulak macam tu kan.

     Hmm... Kalaulah dia tahu yang aku sangat merindui dia. Kalau boleh, aku nak ulang semula detik-detik persahabatan yang pernah kitaorang jalin dulu. Tapi macam mana? Adakah aku ego sangat? Aku pun tak tahu.

    Aku selalu fikir perkara ni, aku tak pasti sampai bila aku boleh membiasakan diri dalam keadaan sekarang. Aku rindu dia sangat-sangat. Tapi rasa janggal dan kekok sangat nak buat macam dulu. Kenapa semua ni jadi pada aku? Mungkin Allah nak uji aku. Supaya aku muhasabah diri aku ni......

23 April 2011

Tentang hati ~

   Pagi yang sepi ni, tetiba je aku terlintas nak tulis blog.. huhuhu.. daripada duk tercongok layan fb yang ntah pape tu, baik update blog. Malam tadi, aku kuar dating.. ehekehek.. Dating lah sangatnya. Ketorang gi makan sate je.. Aku memang suka giler la makan sate. Hadap la 4ekor ayam pun, kalau dibuat sate, habis kot. hehehe.. (nampak sangat menipunye)hehe.. dan F suka belanja aku makan sate.. Suke..suke...

   Masa tengah makan tu, ada sorang budak perempuan dalam lingkungan umur 1-2 tahun kot, duk tengok2 kat F. Aku senyum je. (Bukan jeles ea..Budak tu kecik sangat) hehe..Suka tengok budak tu. Budak tu malu bila F panggil dia nak bagi sate. Dia pergi kat mak dia. Dia ambil sikat dalam beg kecik yang dia bawak, dia sikat rambut dia. Eiii..Sangat comeylahhh!!!

  F tanya aku.. ' Sayang, bila kita nak ada baby macam tu? Comey je kan..' Aku terkedu dan tak terkata. Mood happy tengok budak kecik tadi hilang dibawa bersama asap bakar sate kat kedai tu. huhu..Tetiba je aku sentap, rasa macam sedih je. Yelaa..kalau dia kawen ngan orang lain, mungkin dah ada anak dah. Ni dia duk tunggu aku, tak tahu bila la. Aku lambat lagi nak habis study. Aku faham perasaan dia. Umur pun dah meningkat, dah rasa nak ada family sendiri, ada anak sendiri. Aku tahu.

    Tapi kena sabarlah dulu. Tunggu aku habis study dulu. Lepas makan, aku ajak dia balik. kejap je kiteorang kat kedai tu. Aku tak boleh nak lama-lama dengan dia, boleh nangis aku. Sedih rasa..huhuh.. Masa on the way balik tu, dia cakap ' saya tunggu awak, awak jangan risau ea, saya sayang awak..' Huhuhu...terharunya aku...........

   Balik rumah, aku tak boleh tidur, sebab duk fikir macam2. Aku ni satu2nya harapan keluarga, dalam masa yang sama, aku dah rasa nak ada teman hidup. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Biarlah Allah yang tentukan segalanya. Kalau dia jodoh aku, gane2 pun dia akan tetap untuk aku dan aku tetap untuk dia. Dari tahun 2006 kiteorang kenal. Hampir 5 tahun hubungan kami. Aku doakan hubungan aku ngan F berakhir ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat aku. Aku sayang dia.....

18 April 2011

Sakit ~

   Hukhuk! Hari ni sakit tu datang lagi. Sebenarnya dari malam tadi lagi. Tapi selagi boleh tahan, aku mesti kena tahan. Mak aku cakap, aku kena kuat. Rasa rindu pula kat doktor-doktor yang merawat aku kat Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan. Layanan dari dorang sangat2 baik. Buat aku rasa terharu sangat.
   Duduk termenung keseorangan, aku terkenang masa aku admit wad dalam bulan November 2008. Masa tu cuti kat IPG. Aku dah cadang nak buat operation ni lama dah, tapi macam tu lah, kadang2 ada kes yang lagi teruk. Aku mula2 terima rawatan kat hospital ni bulan September 2006 lagi. Lama kot, 2008 baru nak buat operation.
   Petang tu ayah hantar aku kat hospital, dan ayah balik lepas tu tinggal aku sorang kat wad. Aku sangat takut. Duduk dalam bilik yang jauh dari orang lain, sorang2. Aku cuba tabahkan hati tapi malam tu aku tewas jua. Airmata aku tumpah juga malam tu sebab rasa macam mak ayah tak sayang aku je. Huhuhu... Esoknya mak datang, aku tengok mak dan tak pasal2 aku nangis. ish..ish....
   Dalam pukul 2.30 pm, aku ditolak masuk dalam bilik operation. Sangat2 berdebar. Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu. Aku hanya mampu berserah. Aku redha kalau Allah nak ambil aku pun masa tu. Lepas masuk ubat bius, aku tak sedar apa. Bila aku sedar, jam dah pukul 9.30 malam. Wahh.. lamanya aku dalam bilik bedah. Aku rasa sangat mengantuk dan terus tertidur sampai pagi.
   Bila aku sedar, kaki rasa macam kebas. kepala pening dan tekak rasa nak muntah. Bila aku sedar, aku teringat telefon bimbit aku yang dari petang semalam aku tinggal. Aku rindu sangat kat dia. Mesti dia risau sangat kat aku. Dia call aku, dan aku sangat happy dapat dengar suara dia walaupun aku masih tak banyak cakap sebab letih dan tak larat.
  ::.. Pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian betis kanan ahirnya berjaya, dan aku terus membuat rawatan sampai sekarang. Cuma tak sekerap dulu aku ulang alik ke hospital. Tapi hari ini, sakit tu datang lagi. Doktor pernah cakap, kalau sakit lagi, bagitahu dia. Mungkin dia akan buat rawatan lagi sebab ketumbuhan tu tak dibuang semua masa operation hari tu. huhuhu... Ketumbuhan tu nama saintifik dia Hemangioma in right calf.. Harap aku kuat hadapi semua ni..:::

14 April 2011

Saya Rindu ~~

    Saya rindu awak..Awak tau tak saya sangat-sangat rindukan awak? hmm... Yang lepas tu, biarlah berlalu. Saya cuba tak nak ingat benda tu, tapi saya manusia biasa. Perkara yang terkesan di hati saya, mungkin ambil masa yang agak lama untuk saya lupakan. Saya bukan nak berdendam, saya nak baik-baik macam biasa.
    Saya dah maafkan awak. Mungkin ambil masa sikit untuk saya pulih macam biasa. I will try my best. Saya perlukan masa untuk mengubati hati. Saya minta maaf awak.. Tanpa awak, hidup saya sangat sunyi. Saya sangat rindukan gelak tawa awak, rindu awak yang suka kacau saya, rindu awak yang selalu ambil berat pasal saya. I miss you dear....
    Saya harap saya cepat pulih. Luka yang berdarah sekalipun ambil masa yang lama untuk pulih. Apatah lagi jika berkait dengan hati. Tapi takpelah, saya cuba. Saya sayangkan awak, tiap hari saya teringatkan awak, semua perkara yang saya buat, kepala saya asyik memikirkan awak je, awak tak tau semua ni. Awak mesti ingat saya marah, dah tak nak awak lagi. Kalau awak anggap macam tu, awak salah.
    Saya akan terus merindui awak sebab saya manusia biasa, bukan komputer atau handphone yang boleh mendelete memori begitu sahaja. I miss you dear......   

06 April 2011

Ponteng ~

   Pagi ni sepatutnya ada kelas Hubungan Etnik. Tapi disebabkan ada kerja yang tak sempat disettlekan, aku terpaksa join dorang ni ponteng kelas..muahahaha.. Baikkan aku?

   Ni kalau tak salah aku kali kedua aku ponteng kelas sejak belajar kat sini dekat 3 tahun. baru-baru ni sekali masa kelas Bahasa Inggeris. Kalau terkantoi, mampus aku..huhuhu.. (tahu takut tapi buat jugak)..
  
   Esok aku cuti, walaupun tak cuti.. Sebab pensyarah semua sibuk ngan keje kat luar. Tak sempat nak masuk kelas. Dah la tak lama lagi nak exam dah. Aku pulak dekat-dekat nak exam ni makin 'RAJIN' pergi kelas. huhuhu...

   Bila aku nak rajin ni...hmm... Ni antara yang aku nak ubah. Tapi tak tahu bila boleh jadi. 'Teruskan Usaha Saya'
    - Nak sembahyang tepat pada waktu
    - Nak belanja jimat2 ckit sebab terlalu boros.
    - Nak buat asignment awal.
    - Nak jadi rajin.
    - Nak control makan sebab selalu makan banyak.
    - Nak control mulut tak nak cakap hal orang.

* Nak control makan sebab dah gemok..muahahaha...

03 April 2011

m0ody ~

     Aku pun tak tahu la nape aku moody je hari ni. Dari bangun pagi tadi lagi. Tidur malam tadi aku mimpi arwah abah. Arwah abah abe. Padahal aku tak kenal pun abah. Sekadar tengok kat facebook je. Aku pun tak tahu nape arwah hadir dalam mimpi aku. Dalam mimpi tu, arwah senyum je. Bahagia je aku tengok.

    Bangun2 dari tidur, aku tak sedar airmata dah membasahi pipi. Aku pun tak tahu kenapa aku menangis. Aku hairan. Sampai malam aku xde mood. Teringat2 mimpi tu. Bukan ape, rasa macam diri ni banyak dosa yang tak tertanggung. Bila tak tahu aku boleh sucikan hati yang gelap ni. Sebab mati itu tak pernah lambat atau cepat walaupun 1 saat. Tak pernah bagitahu bila nak datang.

    Seharian aku duk pikir benda ni. Sampai semua keje aku tak buat. Malam ni pun aku gagahkan diri buat jugak. Aku ni jenis suka cakap. Tau-tau la. Bila cakap mesti sibuk nak cerita hal orang tu, hal orang ni. Bila nak berubah ni?? hemm... Faktor persekitaran pun salah satu penyebab juga sebenarnya. Tapi yang paling penting, semua atas diri kita sama ada nak berubah ataupun tak. Semua atas diri kita.

02 April 2011

Mati Itu Pasti ~

    Pertama sekali, salam takziah aku ucapkan kepada Shahreza Hanifi a.k.a Abe dan keluarga di atas permergian ayahanda yang tersayang menghadap Ilahi petang semalam. Aku turut rasa betapa peritnya bila orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita. Tapi apa-apa pun, kita perlu sabar dan redha sebab mati itu pasti.

    Semalam, 1 April 2011, Jumaat, aku balik kampung kejap. Ambil barang kat kampung. Masa tengah kemas-kemas bilik, aku terjumpa gambar arwah atuk sebelah ayah yang aku panggil chek. Ntah nape, tetiba je airmata ni bergenang. Aku rindu kat arwah. Arwah chek sangat baik ngan aku. Tiap petang dia akan panggil aku untuk urut kat belakang dia. Dia lenguh sebab badan dia kurang darah. Dia ada ketumbuhan kat salur kencing. Lepas buang, benda tu akan tumbuh balik. Darah dia akan kuar bila dia buang air kecil.

   Dia pernah pesan kat aku dulu,
       "Jah ngaji sungguh, bia kije make gaji. Jadi doktor ke, misi ke, cikgu ke. Ikutlah kije gap0, asal make gaji. Biarlah masa tu chek xdok dh pun. Tulung mok ayoh. Ayoh nga mok tu jak kecik lagi susah." Aku selalu pegang kata-kata dia yang ni.

   Dia meninggal 24 November 2005. Hari Khamis. Petang dalam pukul 6 lebih. Aku tak percaya bila ada orang datang rumah suruh aku kemas rumah chek dah xde. Aku tak caya. Hampir 2minggu aku demam, aku nangis je. Sebab xde kekuatan nak terima semua tu. Tapi aku kena redha, semua akan mati. Termasuk aku.

 Cuma yang jadi persoalannya, adakah sudah cukup bekal untuk aku bawa ke sana??

Kat sini ada 2buah lagu yang begitu menginsafkan aku ::..

Selimut Putih
Bila Izrail datang memanggil

Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil

Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta

Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia

Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu dikenang-kenang

Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung

Sebelum masa lkerenda diusung
Datang masanya insaflah diri

Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi

Berbaktilah hidup sepanjang zaman


Pergi Tak Kembali - by RABBANI


Setiap insan pasti merasa

Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang dibawa



Terdengar sayup surah dibaca

Sayunya alunan suara

Cemas di dada...lemah tak bermaya

Terbuka hijab di depan mata



Selamat tinggal pada semua

Berpisahlah kita selamanya

Kita tak sama nasib di sana

Baikkah atau sebaliknya



Amalan dan takwa jadi bekalan

Sejahtera bahagia pulang...ke sana



Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri

Apa mungkin pahala dikirim



Terbaring sempit seluas pusara

Soal-bicara terus bermula

Sesal dan insaf tak berguna lagi

Hancurlah jasad dimamah bumi



Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan

Diiring doa dan air mata

Yang pergi takkan kembali lagi

22 Mac 2011

~ Sekolah ~

     Dulu, dalam tahun 1997 sampai tahun 2000, aku sekolah kat sekolah yang aku datang buat PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) ni. Sekolah kat hujung kampung. Lepas tahun 2000, masa aku darjah 4, aku pindah ke sekolah dekat dengan rumah. Sebelah rumah ni je. Aku sangat malas nak datang sekolah ni. Tiap pagi mesti ada saje alasan yang aku buat. Sakit perut la, sakit kepala la. Bukan apa, cikgu kat sekolah ni garang sangat2. Sekarang pun datang buat PBS, aku masih sama, macam dulu. Malas nak datang sekolah ni, sebab cikgu2 kat sini buat aku rasa nak pencen dari jadi cikgu masa tu jugak..hehehe..

   Mula-mula datang sekolah ni, aku teringat masa kecik2 dulu. Kadang-kadang, menitis air mata mengenangkan zaman aku kecik. Pagi-pagi datang sekolah dengan basikal. Aku pernah hampir-hampir nak kena langgar. Dahlah kurus sangat masa tu..( Sekarang dah gem0k..kekeke).. mak sediakan bekal bawa pergi sekolah. Bagi duit 50sen. Tu pun dah banyak. Biasa aku bawa duit 30sen je. Time rehat makan nasi yang mak buat, duit simpan tabung. Kadang-kadang beli makanan ringan.

   Datang-datang sekolah ni rupanya ada lagi cikgu-cikgu aku yang ngajar aku dulu. Teringat pula kat kawan lama yang tak tahu pe citer sekarang ni. Aku rindu Fakhriah, Kakngah, Kiah, dan kawan-kawan yang lain. Rindu kat korang semua. Dah kawen ke kawan2 saya? Dah keje ke? ke masih belajar macam sy? ada kat mana sekarang? rasa nak tanya semua ni kat d0rang. Tapi tak tahu bila.. Kalau jumpa pun, mungkin tak ingat dah kot. Semua dah berubah..

   Semalam aku jumpa Cikgu Zaim. Salah sorang cikgu aku jugak. Dia ngajar pemuihan khas. Aku dulu pun budak pemulihan. Aku tak tahu menulis dan membaca walaupun dah darjah 2. Tulisan aku terbalik mak aku cakap. Dislexia kot.. Aku pun tak tahu. Darjah 1 sampai darjah 3, aku duduk kat kelas yang last sekali. huhuhu.. Cikgu tu pun terkejut jugak bila aku cakap aku budak pemulihan khas. Kalau pemulihan kelas biasa ok lagi.. Aku pernah dapat nombor 30 dari 32 orang masa exam..hahahaha.. Alangkah pandainya aku..hehehe.. Seingat aku, Cikgu Zaim ni sangat garang. Kalau tak bagi perhatian masa dia ngajar, pembaris kayu yang panjang tu akan hinggap kat atas belakang. Cikgu tu agak terkejut gak la bila seorang budak pemulihan khas, datang2 sekolah nak jadi cikgu dah..hehehe...

   Perkara yang tak pernah berubah dari darjah 1 hingga sekarang sepanjang aku kat sekolah ni, aku selalu tunggu pukul 1.15pm. Dan aku selalu tunggu hari khamis. Hari khamis hari yang paling best sebab esoknye cuti. Tunggu pukul 1.15pm sebab nak balik..kekeke...

17 Mac 2011

LOVE ♥ Cinta ( Part 2)

   Bermula malam tu, kiteorang terus berhubung. Tapi aku ngan dia kawan je. Teman tapi mesra orang kata. Tiap hari dia msg aku. Masa tu jugak aku tengah kawan dengan sorang mamat tu. Semua kawan2. Takde pun yang special. Aku pun takde hati kat sape. Satu malam, mamat tu yang aku bagi nama Z (dalam kurungan bukan nama sebenar..kekeke)..Dia ni aku bagi nama F (pun dalam kurungan bukan nama sebenar jugak..hahaha). Satu malam, si Z ni msg aku, dia cakap sesuatu yang buat aku sangat2 terkejut. Yang aku ingat dia cakap ' Awak, saya suka awk. Saya tak nak pun, tapi hati sy cakap macam tu. Saya tak boleh tipu. Tapi saya rasa baik kita berpisah je. Sebab sy tau awak ada ramai kawan. Saya jeles bila awak msg2 ngan kawan2 awk. Sy rasa ni keputusan yang terbaik yg sy buat untuk kita..' Sedih aku..huhuhu.... Aku sayang sangat kat dia. Tapi tak de pun rasa cinta nak c0uple ngan dia. Betul! aku tak terpikir semua ni akan jadi! Aku selesa sangat berkawan ngan dia. Tak sangka lak benda ni akan jadi. Bermula malam tu jugak, dia off nombor dia, sampai sekarang. Malam tu, aku tidur bertemankan air mata. Sangat sedih. Aku cerita kat F. F lah yang pujuk aku. huhuhuhu...

    Aku sedih sebab hilang seorang kawan baik yang suka buat hati aku terhibur. Aku tak sangka dia suka aku. Aku kawan ngan F. Hinggalah satu hari F melamar aku..Ceewahh... F pulak dah. hahaha.. Aku taknak c0uple ngan sape. Aku nak belajar dulu. (konon je tu..hahaha..Aku budak baik masa tu..haha) Tapi F tak pernah putus asa. Walaupun aku taknak couple ngan dia, tapi dia tiap hari msg aku, call aku. Tapi pernah satu hari tu, aku balik dari sekolah, aku on hp, takde pun msg dari F. Misscall pun takde. Aku sedapkan hati, dia bz kot. Malam tu, aku tunggu2 tapi takde 1 pun msg dari dia. (Kata xnak, tapi tunggu..hahaha)

   Dua hari lepas tu, dia call. Aku nangis sebab rindu sangat kat dia. Aku taknak kehilangan seorang lagi kawan baik. Dia cakap, dia ada hal sikit masa tu. Dia janji takkan tinggal aku lagi. (Suwitnye...huhuhu)
Bermula malam tu, aku dah tercouple ngan dia..huhuhuhu.... F sangat sabar layan perangai aku. Aku ni kalau tak kena, marah tak tentu pasal. (Garang kan..ahaha)..  Masa ni aku tingkatan 5.. 2bulan lepas couple, dia ajak jumpa. Dia datang jumpa aku kat bandar. Punya lama dia tunggu aku. Aku balik2 sekolah, terus tukar baju n gi bandar. Tunggu punya lama, jumpa tak sampai 10 minit kot. huhuhu..cian sangat kat dia. Aku takut orang tengok. Nanti report kat ayah, mampus aku..(tau pun takut)..

   Dipendekkan cerita, 2006 dah lepas, 2007 pun dah lepas, masuk 2008, aku dapat tawaran belajar kat Institut Pendidikan Guru. Nak jadi cikgu. Aku minat sangat nak jadi cikgu. Akhirnya dapat jugak tawaran ni. Aku suka sangatlah. Mak ayah pun suka. Tapi ada je yang tak suka. Yelaa...tak semua orang suka tengok orang lain bahagia. F pun mula tu macam jauh jugak ngan aku. Dia cakap, aku nak jadi cikgu, tak padan ngan dia yang kerja cukup2 makan je. Sedih pulak rasa. huhuhu....

(Adik nangis, nanti sambung semula..huhuhu...)

16 Mac 2011

LOVE ♥ Cinta ( Part 1)

   Love is cinta. Tu lah yang aku selalu dengar. Ramai orang cakap cinta ni best. Bro aku cakap, masa bercinta ni semua sedap. Kentut pun bau wangi, lautan api pun sanggup redah..(yelaa..lautan api mane wujud pun..huhu)

  Kisah cinta aku? huhu.. Aku dari kecik sampai sekarang, aku ramah dengan orang-orang yang terpilih je..kekeke..memilih betul.. Kalau ngan budak laki, aku malu..hahaha...(masa dulu2 la malu..) Jadinya xde la yang nak ngorat aku. Lagipun orang cakap aku garang. Garang ke?huhuhu... Xdela garang mane, kalau dah kenal aku, xde garangnye..Manja ada la kot..hahahaha....

   Panjang pulak la melalutnya. Ni baru nak cerite kisah cinta aku. Ehem..ehem.. Masa sekolah rendah, aku suka sangat kat budak laki tu. Dia tak de la ensem mane. Masa ni aku darjah 3 ke 4 macam tu lah.. (ai, kecik2 lg dh gatai ye..muahaha) Dia selalu tolong aku. Dia g kat meja aku, bual2 ngan aku. Takde la aku rasa keseorangan. Ceewahh...Tu yang wat aku suka dia. hehehe..

  Masuk sekolah menengah. aku masih lagi seorang yang pendiam. Tingkatan 1 biasa je.. Masa tingkatan 2.. Satu pagi tu, aku terdatang lewat ke sekolah. Sampai kat kelas, kawan2 sekelas duk sebut2 nama aku. Aku heran jugak. Asal lak pagi ni aku femes sgt?hehe.. Aku g kat meja aku, tengok atas meja ada orang tulis ssuatu. Aku bengang gak duk conteng2 meja. Habis kotor. Kawan2 usik cakap peminat bagi pesanan. Aku heran, aku tak lawa, pasif, dan pendiam.. Tapi macam mana boleh ada peminat. Yang aku ingat benda yang dia tulis.. ' Saya dah lama tgk awk. Saya suka tgk awk. Saya harap awk xtolak permintaan sy utk kawan ngan awk.' cehh...kecik2 lg dah pandai yea.. Aku cakap kat kawan2, dia ni salah orang ni. Mungkin nak bg kat orang lain. Silap meja. huhuhu.. Padahal dalam hati dah berbunga2... muahahaha....Aku balas pesanan dia. Aku tulis surat dan letak bawah meja. Aku cakap dia salah orang. Aku tak nak kawan ngan dia. Aku suruh dia kawan ngan orang lain. Dia balas balik, dia cakap nak jumpa, hari Rabu pukul 5 kat kelas ni. Aku tak datang pun. Malaslah. Aku budak baik masa tu. Sekarang je nakal ckit..hehehe..

   Tu kisah masa tingkatan 2. Lepas tu, aku meneruskan hidup macam biasa. Akhir tingkatan 3, abang bagi hp kat aku. Aku terima hp tu dengan hati yang sangat gumbira. yelaa..Aku antara orang terawal pakai hp dalam kalangan budak2 sekolah. Hp masa tu mahal. Kredit xde yang rm3. rm10 je. Bila dah ada hp, selalu la msg n call.. Msg pun ngan kawan2 sekolah. Kadang2 tu ngan kawan2 yang aku sendiri tak tau dia sape. salah nombor la ape. Masa tu bodoh lagi. Orang salah nombor pun layan. Sekarang ni, orang salah nombor, siap la kena sumpah seranah kat aku..muahaha..kan dah cakap garang..

   Masa tingkatan 4, 19 Jun 2006 dalam pukul 8 ke 9 malam. Aku tengah buat homework addmath. Dulu belaja addmath kejap je..huhu..Aku lebih suka BM, Seni, tak suka sangat ngira2 ni..Slow ckit..huhu.. Tetibe je dapat msg. Aku tengok hp, nombor digi. Dia tulis macam ni la lebih kurang..'hai..boleh berkenalan tak? kalau sudi, balaslah msg ni, kalau tak, abaikan je k.' Aku balas, aku cakap, 'nape nak kenal sy? dah xde orang lain yang awk nak kenal?' hahah...garangnye. Saja nak test. Aku cakap aku xde kredit n xde duit nak top4. Tu pun aku saja nak test. Nak tengok dia nak kawan tak ngan perempuan jahat macam aku. (jahat kejap je..hekhek) Dari malam tu, bermula la kisah aku dan dia. hahahaha...
Nanti sambung lagi........

14 Mac 2011

Hujan ~

   Petang tadi, aku tertidur atas sofa kat ruang tamu rumah Chik.. Mak saudara aku. Dah lama aku tak datang sini. Kalau tak salah aku, kali terakhir aku datang Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya ni tahun 2007.

   Petang tadi juga hujan turun dengan lebat. Kalau hujan saja aku tak kisah. Lagi syok tidur adalah. Tapi petang tadi hujan disusuli guruh yang sangat kuat. Aku sangat takut. Takut yang teramat sangat, sampai aku tak sedar pipi aku lencun dibasahi air mata. Aku masuk ke bilik dan berdiam diri dalam bilik.Nenek panggil tapi aku tak mampu nak bangun pergi dekat dia. Aku menyahut dari dalam bilik.

   Aku, dari kecil sampai sekarang, takut dengan hujan lebat, ribut dan guruh. Sebab, masa kecil, aku pernah alami peristiwa yang sangat menakutkan. Bila hujan lebat, ribut dan guruh, aku akan teringat semula kejadian masa tu, dan aku tanpa sedar akan mengalirkan air mata. Aku tak tahu sampai bila semua ni akan berakhir. Aku tak pasti sampai  bila aku nak takut macam ni. Aku tak tahu.

   Teringat aku pada suatu malam dalam tahun 2010 ke 2009 aku pun dah lupa. Aku dari kedai burger tak salah, berjalan balik ke hostel dengan kawan-kawan. Masa tu angin agak kuat, macam nak hujan. Dekat nak sampai hostel, ribut dan guruh. Aku terpaku atas jalan. Tak mampu nak melangkah sebab terlalu takut. Kawan tarik aku pergi tempat teduh. Bising dia kat aku. Aku tak ada kekuatan bila jadi macam tu. Aku harap sangat aku akan berani satu hari nanti. Berani maksud aku, tak nangis dah bila cuaca macam tu. Aku nak sangat macam tu. Kawan aku cakap, AKU KENA LAWAN!

04 Mac 2011

Rumah Baru

    Hari ni aku dah duduk rumah baru..hehe...Mula-mula tu macam tak best juga nak kena pindah-pindah. Tapi memang tak best pun. huhuhu.. Semalam aku dengan kawan-kawan serumah masuk rumah tu sebelum dicuci. Ya Allah! sangat kotor rumah tu. Aku tertanya-tanya gak la, rumah ni ke yang aku nak duduk nanti? Macam mana penyewa sebelum ni duduk hah? Diaorang tak rimas ke duduk tempat bersepah dan kotor macam ni?huhuhu.. Macam tak boleh terima. huhuhu...

    Lepas siap-siap kemas dalam dan luar rumah semalam, kitaorang sepakat nak siapkan hari ni. Tadi pulak, makcik datang bawa nasi untuk kitaorang. Dia cakap, esok nak rumah yang kitaorang duduk ni kosong dah. Aku dan geng buat persediaan mental n fizikal untuk pindahkan barang. Nasib baik pagi tadi kitaorang dah basuh rumah dah. Kalau tak sampai ke malam la agaknya.

    Dah siap-siap angkut barang semua, susun-susun semua, kitaorang makan nasi yang makcik bagi. Aku yang makan paling banyak. Fuuhh! penat tau.. hahaha... Malam tiba, kitaorang rehat-rehat. Santai-santai. Esok pagi nak pergi jalan-jalan pula. hehehe.. Aku ambil peluang yang ada ni untuk tulis blog. Tak de keje kan aku. Tapi ni mata dah layu, mengantuk dah. Harap-harap semua boleh tidur lena kat rumah baru malam ni..=)

03 Mac 2011

Saya Suka

   Hari ni sangat-sangat penat. Tapi saya suka. Saya suka sebab tadi saya buat lompat jauh untuk sukantara KOT tahun ni. Suka sangat dapat lompat. Hampir 3tahun kot saya tak melompat. Lepas operation 2008, td baru kali pertama saya melompat. Sukanya saya... Masa kat padang tu juga, ada kawan tegur saya, awak pakai contact lens ke??hahaha.. Saya dah terperasan sekejap. hahaha.. Mata saya yang original punya la.

   Sebelum sukan tadi, saya belajar kawad. Sangat seronok. Walaupun saya tak tahu macam mana nak kawad, tapi akhirnya dapat juga saya kawad dengan baik. Balik dari sukan petang tadi pula, malamnya pulak, saya pergi ke maktab semula sebab ada pertandingan pidato. Saya sekadar memeriahkan majlis sahaja. hehe... Pergi makan-makan dan santai-santai bersama-sama kawan-kawan. Balik tu, tumpang kawan. Tak sangka dia masih ingat saat mula-mula saya naik kereta dia. Saya memang dah lupa. Banyak makan semut. Hehehe..Rupa-rupanya saya kawan perempuan pertama yang naik kereta dia. Huhuhu..

    Saya nak je hari macam hari ni tak berakhir. Dan saya nak je, tiap hari yang saya lalui, macam hari ni. Tapi mustahil la kan. Hari ni pun ada juga time tak best. Bila saya sedar, kawan-kawan saya dah berpuak-puak. Yang ni saya memang tak suka.. huhuhu.. Apapun, saya dah buat yang terbaik dan sekadar yang saya mampu untuk bahagiakan orang yang ada disekeliling saya.

18 Februari 2011

Sakit Kepala

     Sakit kepala?? Kenapa? Ada masalah ke? mcm tu lah orang akan tanya bila aku ngadu sakit kepala. Banyak masalah sampai buat kepala aku berat sangat. Masalah dengan orang-orang di sekeliling. Mungkin aku pun bawa masalah. Yang tu aku tak tahu lah. Kita takkan nampak keburukan diri sendiri. kn? Yang kita nampak, keburukan orang lain.

    Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku hidup dalam persekitaran yang macam ni?? Bila aku cerita kat mak, mak tak mampu nak jawab. Dia suruh aku sabar. Tapi sampai bila nak sabar.. Sabar pun ada tahapnya jugak. Dengan kawan-kawan, aku tak tahu nak cakap apa. Tapi bila berhadapan dengan mereka, aku sakit kepala. Sakit kepala dengan perangai mereka. Macam-macam hal.

    Kadang-kadang, aku jadi tak ada mood nak belajar. Rasa nak berenti je belajar. Sakit kepala. Tapi tak boleh berenti, sekarang aku dah dekat nak abis dah. Aku harapan mak ayah. Ni mungkin salah satu dugaan dan cabaran buat aku supaya aku kuat dan lebih matang dalam menjalani kehidupan. Bila ada kat rumah sewa, ada kat kelas, aku rasa nak balik kampung. Nak duduk je kat kampung.

    Tapi bila duduk kat kampung, keadaan kat kampung pula. Ada sesetengah makcik-makcik kat kmpung tu tak suka aku. Dia tu darah danging aku sndiri. Sebab dengki, macam-macam cerita dia duk jual kat orang kampung. Yang ni buat aku tak nak duduk kat kampung. Aku tak tahu apa salah aku. Bila aku ramah, dia cakap aku bajet ramah. Cara aku berpakaian pun dia nak komen. Dia tak tahu anak dia kat u tu teruk lagi. Dia tak tahu. Tapi takpe.. Mak aku kata, jangan risau. Allah ada...

All Iz Well~~

26 Januari 2011

Orang Besar

   Orang besar?? orang tu gemuk ke? ke badan dia besar? Orang besar yang aku maksudkan ni sebenarnya bukan dari segi bentuk fizikal seseorang tu, tapi pangkat dia yang besar dalam sesuatu organisasi atau kumpulan. (Kamus Dewan edisi 5 muka surat 234) hehehe...

   Sebenarnya aku ada cerita disebalik orang besar ni. huhuhu.. Aku pernah la jugak jadi orang besar ni. Bukan besar sangat pun sebenarnya. Orang cakap, jadi orang besar la best, ad jawatan, semua orang hormat, semua orang patuh. Dan perlu diingatkan, bukan mudah untuk jadi orang besar ni. SUNGGUH! Masa aku jadi orang besar tu, aku naib presiden je.. Tak banyak mana pun kerja aku, cuma aku menemani presiden je..hekhek...(makan gaji buta)

    Bila jadi orang besar, semua masalah orang bawah kita, mereka akan jumpa dan report kat kita. Setiap keputusan yang kita ambil pun, kena ikut persetujuan ramai. Tapi kalau ramai yang setuju, tapi masih ada lagi yang tidak setuju tu macam mana? Aku pun boleh kena kencing manis kalau lama-lama jadi orang besar ni. Dugaan terlalu besar. Sampai nak gaduh-gaduh. Kata bincang, tapi macam gaduh. =(

   Tapi tu mungkin biasa bagi yang dah lama jadi orang besar. Bagi aku yang baru ni, mungkin terkezut sikit kot.. Lenguh kepala aku mikir nak menyelesaikan masalah ni. Cuma macam gitulah, kita semua manusia biasa, dan setiap individu tu sangat berbeza. Macam yang aku belajar masa Semester 1 PISMP Perbezaan Individu..(tiba-tiba je)hehe.. Aku tak marah sape-sape pun, cuma agak terkilan la.. Kita belajar dalam satu kelas, tapi tak boleh nak sepakat. Sebab masing-masing nak buat keras kepala. Agak-agak kalau ketuk tak pecah kot..hehe..

   Aku rasa ni sikit je dugaan jadi orang besar. Kalau macam pemimpin tu lagi besar kot tanggungjawabnye. Aku nak memimpin dalam kumpulan kecik pun masih tak mampu. Yang penting sekali, aku perlu pimpin diri aku sendiri dulu. (~_~)

Apa yang aku fikirkan sekarang,;;, sebelum kita pimpin orang lain, kita perlu pimpin diri kita dahulu.. Adakah kita dah betul?? hmm...Adakah aku dah sedia nak didik anak orang?? Duduk dan fikirkanlah NUHARA~~

23 Januari 2011

Perasaan Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t

Perasaan aku pada hari ini?? Macam-macam perasaan yang aku rasa hari ni. Awal-awal pagi tadi, rasa bengang. Bengang yang bercampur dengan marah dan di adun sebati dengan rasa geram yang teramat sangat dengan gelagat manusia. Duk terhegeh-hegeh nak gi kelas, padahal lambat ke, cepat ke, pergi jugak. Sangat geram tau!! Rasa nak telan je sorang-sorang. Tapi alhamdulillah aku masih mampu untuk bersabar lagi. Dah menggigil badan tahan marah. Tapi dia tu tak faham, masih buat tak reti. Serabut ayam betul aku (pinjam ayat kawan aku) ngeh3... Lama-lama macam ni, boleh tercabar juga kesabaran aku ni. Huhuhu.... Tak pasal-pasal karang ada yang kena fire dengan aku. Bertukar jadi dragon fire pulak nanti.. hahahaha... hmm..Ya Allah, ampunkan aku. Aku tak nak jadi macam ni Ya Allah...

Pergi ke maktab tadi, tarlambat pulak. Sekali kena sound ke lecturer da....hahaha.. Tapi buat selamba itik je. Tengah duduk dalam dewan tu, sekali lecturer suruh kita orang ke depan. Mampuih... Angkat kerusi pergi ke depan. Tak sangka aku paling depan. First time dalam hidup aku duduk depan sekali dalam sesi ceramah. Kecut perot. Gementar, berdebar, semua cukup. Hahahaha. Tengah duk ceramah tu, aku memang dah agak penceramah akan soal. Sekali lagi tak terduga akalku apabila dia soal aku. Mati la. Aku pulak jujur sangat, satu dewan ketawakan aku. Wakakakaka.. Malu sey.. Malu gila. Rasa macam nak menyorok kat bawah kerusi je masa tu. Dah la secret admire aku pun ada dalam tu. (secret admire ke?) kekeke...

Masa lepas meeting pasal rumah sukan tadi, aku masuk dewan untuk kuliah. Sekali tak ada kuliah pula. Frust betul aku. Aku bukan main lagi semangat nak belajar Anatomi dan Fisiologi. hekhek..macam tipu je tu..kakakaka.. Tak lama lepas tu, mak aku call. Dia cakap Chik (mak saudara aku) dah selamat melahirkan seorang baby perempuan setelah hampir 12 tahun menunggu. Gembira tak terkata rasa. Aku sangat sukakan baby. Kalau jumpa baby, aku mesti geram nak cubit pipi. (nak tunggu sendiri lambat lagi laa..) Hajat di hati nak gi tengok baby petang ni...Suke..suke..Suke...!!! (^_^)

22 Januari 2011

Manusia Biasa

Biasanya : Kita nampak keburukan yang ada pada orang lain
Selalunya : Kita nampak kebaikan yang ada pada diri kita je
Biasanya : Kita tak pernah rasa kita sendiri pun banyak buat kesalahan
Tak selalunya : Kita muhasabah diri sendiri

Kadang-kadang : Kita jarang nilai diri kita sendiri
Selalunya : Kita suka jaga dalam kain orang
Kadang-kadang : Kita rasa kita betul
Selalunya : Kita ego
Kadang-kadang : Kita bangga ada ramai kawan
Selalunya : Kawan ramai masa senang je
Kadang-kadang : Kita suka cari kesalahan orang
Selalunya : Kita sangat susah mengaku kesalahan sendiri

Kita.::.Bila tak suka kat seseorang tu, semua kebaikan dia tertutup, dan keburukan serta kekurangan dan kelemahan je kita nampak.
Kita.::.Bila dah tak suka kat seseorang tu, semua kebaikan dan kelebihan je yang kita nampak. Keburukan dan kesalahan dia kita buat-buat tak nampak.
Sebab kita.::.Hanya manusia biasa.
Tapi kita.::.Mempunyai akal fikiran untuk menilai semua ni.

Sekadar renungan bersama (^^,)

21 Januari 2011

Maafkan Saya

Jika diberi peluang untuk aku minta maaf...
Aku nak cakap je semua ni kat orang yang berkenaan...

Maafkan saya sebab selalu menyakiti hati awak,
Maafkan saya sebab selalu buat awak risau,
Maafkan saya sebab tak dengar cakap awak,
Maafkan saya sebab saya terlalu sayang awak,
Maafkan saya sebab buat awak terasa,
Maafkan saya sebab banyak menyusahkan awak,
Maafkan saya sebab awak terpaksa melayan perangai saya,
Maafkan saya sebab buat awak tunggu lama,
Maafkan saya sebab saya sayangkan kawan-kawan saya,
Maafkan saya sebab terlalu cemburu dengan awak,
Maafkan saya sebab selalu lawan cakap awak,
Maafkan saya sebab terlalu mengambil berat hingga buat awak rimas,
Maafkan saya sebab awak banyak berhabis duit untuk saya,
Maafkan saya sebab selalu minta bukan-bukan.

Awak, maafkan saya di atas segala kesalahan yang telah saya lakukan. Saya tak sengaja awak. Saya terlalu sayangkan awak. (~_~)

19 Januari 2011

Kisah penat..huhu...

.::kul 10am::..
aku dengan bersemangat sekali pergi ke Jabatan HEP IPG KKB..dengan harapan dapat mintak skip kelas petang ni..nk g klinik..lepas g HEP, dapat jugak la amek borang y telah di sain oleh pensyarah HEP..yah0oo...blh p0nteng kelas ptg nih..kekeke..

..::kul 1pm::..
aku c0ll pkcik prebet suh dtg amek & antarkn aku ke umh sewa..nk balik dlu..hehehe...
smpai2 umah, aku siap2 y mane patut..n tggu my bucuk dtg amek..lame jgk tggunye..smgt dh brk0bar2 nk g klinik nih..debar xyh cte la..

..::kul2.30pm:..
my bucuk dh dtg..aku pkai simple je..bkn nk kua dating pn..hehe..pastu kte0rg trus k Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa. sampai2 kt klinik tu, aku g daftarkn diri dulu..n0 384..fuhh sekarg baru n0 288..tggu la aku terc0ngok kt situ berdua dgn bucuk aku tu..huhu..cian dia ngantuk..aku pun ngantuk gak..dh abih idea dh nk bual..sume dh tnya..smpai mcm tu skali..kekeke..tmbah2 lak ad pmandangan y kurang menyenangkn btul2 d dpn aku...btul2 gilerr..xtw malu btul..aku tgk pn malu..mcm dh gersang sgt dh dua orang makhluk nih..geramnye aku tgkk!!!

..::kul3.50pm::..
ting t0ng! 384 bilik 5..ak pun jalan masuk ke dalam bilik tu..doktor muda lg..d0c laki..hehe..dan dia sgt2 peramah..aku story masalah aku kt dia..n then dia suh aku g test urin n test darah..aku buat jelah..lepas siap sume test tu..aku masuk smula bilik 5 tadi..dia cakap, darah ok, xde kncing manis..buah pinggang normal, air kencing pun ok..tapi masalahnye nape selalu sakit..musykil gak aku..dia ckp mgkin mslh saraf k0t..aku ckp xpelah klu mcm tu..n then dia bg ubat tahan sakit..

..::kul4.30::..
aku n my bucuk  kuar dari klinik tu n trus cari kedai makan..lapar sey duk tercongok je dlm klinik tu tadi..kte0rang mkn nasi kukus..sedpla jugak..pastu g byr br0dband..tp pelik sbb dia ckap ad tunggakan..aku xpenah termiss byr..tiap2 bulan byr..xpelah..asal xp0tong sudah..pastu dia anta aku balik umah sewa...n aku sangat2 penat! (@_@)

16 Januari 2011

Coretan Kehidupan

Kehidupan mesti diteruskan walau ape sekali pun yang jadi, selagi hayat masih dikandung badan. Dalam kehidupan yang sementara ini, aku kadang kala leka dan lalai. Aku terlalu sibuk dengan urusan dunia yang aku sendiri tahu ia tidak akan berakhir. Tapi kadang-kadang, timbul juga rasa insaf dalam diri yang jahil ini. Aku sedar, aku hanya manusia biasa yang lemah dan sentiasa melakukan kesalahan. Kadang-kadang timbul rasa ingin berubah, nak jadi hamba yang patuh, nak jadi kawan yang baik, nak jadi anak yang taat. Tapi dalam masa yang sama, persekitaran membantutkan aku untuk berubah.

Aku tahu dunia ini tidak akan kekal, aku juga tahu mati itu pasti akan datang, tidak lewat dan tidak cepat walaupun sesaat. Aku tahu buat benda ni salah, buat benda tu tak betul. Tapi setiap hari aku akan melakukan kesalahan yang sama. Alangkah jahilnya aku. Aku tiada kekuatan untuk berubah. Aku akan berusaha untuk berubah. Berubah menjadi seorang hamba Allah yang taat perintahNya. Tidak lagi terus bodoh dan jahil..!

14 Januari 2011

Bersyukur~

Dari kecil aku di ajar bersyukur. Syukur dengan apa yang ada. Kita tak boleh tengok orang atas dari kita, kita kena tengok orang yang bawah dari kita. Ni yang nenek aku selalu cakap la..

Ni ada 1 cerita tentang syukur ::..

Suatu hari seorang ahli sufi terkenal, Syaqiq al-Balkhi membelikan sebiji tembikai untuk isterinya. Si isteri begitu gembira menerima tembikai tersebut, malangnya apabila buah dibelah, isinya didapati tidak elok. Isteri Syaqiq mula marah-marah kerana tidak mendapat sebiji tembikai ranum, enak dan elok seperti yang diharapkan.


“Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu?” tanya Shaqiq

“Adakah kepada si penjual atau si pembeli, atau penanamnya atau Pencipta buah tembikai ini?” soal Shaqiq lagi.

Isteri ahli sufi terdiam.

“Wahai isteriku,” sambung Shaqiq.

“Ketahuilah, sipenjual itu tentu ingin agar barangan jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.

Sipembeli lebih-lebih lagi tentu ingin yang terbaik saja.

Manakala sipenanam, kalau mampu tentu dia ingin agar hasil tanamannya mengeluarkan hasil yang baik juga.” ucap ahli sufi lagi.

“Kini nyatalah bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

::..Sekarang aku tengok ramai yang tak bersyukur. Aku pun kadang selalu komen diri sendiri. Fikir-fikir, renung-renung dan selamat beramal..=)