Dari kecil aku di ajar bersyukur. Syukur dengan apa yang ada. Kita tak boleh tengok orang atas dari kita, kita kena tengok orang yang bawah dari kita. Ni yang nenek aku selalu cakap la..
Ni ada 1 cerita tentang syukur ::..
Suatu hari seorang ahli sufi terkenal, Syaqiq al-Balkhi membelikan sebiji tembikai untuk isterinya. Si isteri begitu gembira menerima tembikai tersebut, malangnya apabila buah dibelah, isinya didapati tidak elok. Isteri Syaqiq mula marah-marah kerana tidak mendapat sebiji tembikai ranum, enak dan elok seperti yang diharapkan.
“Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu?” tanya Shaqiq
“Adakah kepada si penjual atau si pembeli, atau penanamnya atau Pencipta buah tembikai ini?” soal Shaqiq lagi.
Isteri ahli sufi terdiam.
“Wahai isteriku,” sambung Shaqiq.
“Ketahuilah, sipenjual itu tentu ingin agar barangan jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.
Sipembeli lebih-lebih lagi tentu ingin yang terbaik saja.
Manakala sipenanam, kalau mampu tentu dia ingin agar hasil tanamannya mengeluarkan hasil yang baik juga.” ucap ahli sufi lagi.
“Kini nyatalah bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
::..Sekarang aku tengok ramai yang tak bersyukur. Aku pun kadang selalu komen diri sendiri. Fikir-fikir, renung-renung dan selamat beramal..=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan