12 September 2012

Praktikum & demam...

Semester ni aku kena lalui 2 bulan praktikum. Hurm... Macam best je kan praktikum. Praktikum semester lepas, Alhamdulillah la tak de apa-apa masalah. Budak-budak pun ok je sebab aku sebagai cikgu baru kat sekolah mereka. Tapi bila dah lama-lama ni, mereka yang comel ni dah tak berapa nak dengar cakap aku.. Letih la macam ni kan. Cikgu sorang, awak ramai. Tak terlawan suara cikgu dengan suara awak semua. HuHu... Sian cikgu kan..
   Semalam aku tak pergi sekolah. Balik lepas kena observe ngan pensyarah pembimbing, terus demam aku. Sakit tekak dan rasa macam susah nak bernafas. Malam tadi gi klinik. Housemate yang hantarkan. Doktor kata tonsil bengkak. Dulu masa sekolah pun dah pernah kena dah bengkak tonsil ni. HuHu..
    Dia cakap lagi, kalau teruk memang kena operet la. Dugaan lagi, baru je lepas satu penyakit pergi, satu penyakit lagi datang. Tapi aku tahu aku kuat. (senyum) Ada keluarga dan kawan-kawan yang sayangkan aku.
    Pagi tadi aku kena observe Pendidikan Jasmani. Walaupun agak geram dengan karenah murid-murid yang  tak nak melibatkan diri, tapi rasa macam gembira sebab dapat komen yang positif daripada pensyarah.

* Cuba untuk jadi macam ummi.. Insya Allah... =)

08 Julai 2012

Nak kurus!!

Dah lama dah aku tak berblog... Rancak berfb je sekarang ni.. Tak adil betul... Bersawang dah blog aku ni.. Wargghh.... Tadi ada HUSM datang ke IPG untuk program derma darah.. Huh, aku pergi jugak, tapi gi timbang je.. Tak larat aku nak derma darah..
   Aku meluru ke arah alat penimbang berat... Bila dah timbang tu, tengok dah turun 500 gram.. Huh??!! Alhamdulillah la.. Bukan senang nak dapat sebanyak tu... =,=
   Petang ni nak gi jogging... Hehehe.....