26 Februari 2010

Dia

dia HADIR
ble kte SENANG
dia PERGI
ble kte SUSAH…
dia SAYANG
ble kte SIHAT
dia BENCI
ble kte SAKIT…
dia ADA
ble kte SUKA
dia MENGHILANG
ble kte SEDIH…
dia DEKAT
ble kte KAYA
dia JAUH
ble kte MISKIN…
dia TAK PERNAH HARGAI
ble kte ADA DI DEPAN MATA
dia TAKKAN RASA KEHILANGAN
ble kte DAH TAK ADA…

fikir-fikirkanlaa...siapakah DIA yang dimaksudkan?

Atuk

Atuk…..
Cucumu sendirian di sini
Dan masih lagi di sini
Tiada bicara antara kita
Tiada lagi kudengar gelak tawamu
Tiada lgi kepetahanmu bertutur
Tiada lagi suara nyaringmu menasihati

Atuk…..
Cucumu kesunyian di sini
Hanya lagu alam ini yang kedengaran
Melahirkan simpatinya padaku
Tetapi airmataku tetap mengalir
Gugur membasahi tanah pusaramu

Atuk…..
Selembut tanganku membelai nisanmu
Yang kaku di pembaringan
Terasa hangatnya tanganmu menbelaiku
Namun itu semua hanya memori silam
Kerana kini kau telah pergi
Lalu kutadah tanganku ke langit

YA ALLAH….
Ku bermohon pada-Mu
Agar ketenangan menjadi milik atuk
Ku mohon supaya cahaya kebenaran
Terus mengiringi jalan pulang atuk

Atuk….
Takku lupa tarikh ini 24 November 2005
Tarikh keramat dipenuhi esak tangis
Dirimu pergi tanpa pesanan
Namun kenangan bersamamu atuk
Takkan luput di memori ingatan

Atuk…..
Ku doakan agar kita akan bersama
Walau di alam yang lain
Hanya ayat suci yang dapat kusedekahkan
Tenanglah dirimu di sana
Lenalah atuk…
Lenalah dalam tidurmu nan panjang…

25 Februari 2010

kenapa?

kenapa?
kenapa?
dan kenapa?
harus kita alpa?
kenapa?
harus kita lupa?
dan kenapa?
kita mesti kecewa?
aku buntu memikirkannya
dan kenapa?
terus menjadi tanda tanya

23 Februari 2010

aku

aku
aku yang baru mengenal dunia
selalu alpa
selalu leka
selalu lupa
akhirnya aku
yang menanggung derita