26 Februari 2010

Atuk

Atuk…..
Cucumu sendirian di sini
Dan masih lagi di sini
Tiada bicara antara kita
Tiada lagi kudengar gelak tawamu
Tiada lgi kepetahanmu bertutur
Tiada lagi suara nyaringmu menasihati

Atuk…..
Cucumu kesunyian di sini
Hanya lagu alam ini yang kedengaran
Melahirkan simpatinya padaku
Tetapi airmataku tetap mengalir
Gugur membasahi tanah pusaramu

Atuk…..
Selembut tanganku membelai nisanmu
Yang kaku di pembaringan
Terasa hangatnya tanganmu menbelaiku
Namun itu semua hanya memori silam
Kerana kini kau telah pergi
Lalu kutadah tanganku ke langit

YA ALLAH….
Ku bermohon pada-Mu
Agar ketenangan menjadi milik atuk
Ku mohon supaya cahaya kebenaran
Terus mengiringi jalan pulang atuk

Atuk….
Takku lupa tarikh ini 24 November 2005
Tarikh keramat dipenuhi esak tangis
Dirimu pergi tanpa pesanan
Namun kenangan bersamamu atuk
Takkan luput di memori ingatan

Atuk…..
Ku doakan agar kita akan bersama
Walau di alam yang lain
Hanya ayat suci yang dapat kusedekahkan
Tenanglah dirimu di sana
Lenalah atuk…
Lenalah dalam tidurmu nan panjang…

2 ulasan: