Hukhuk! Hari ni sakit tu datang lagi. Sebenarnya dari malam tadi lagi. Tapi selagi boleh tahan, aku mesti kena tahan. Mak aku cakap, aku kena kuat. Rasa rindu pula kat doktor-doktor yang merawat aku kat Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan. Layanan dari dorang sangat2 baik. Buat aku rasa terharu sangat.
Duduk termenung keseorangan, aku terkenang masa aku admit wad dalam bulan November 2008. Masa tu cuti kat IPG. Aku dah cadang nak buat operation ni lama dah, tapi macam tu lah, kadang2 ada kes yang lagi teruk. Aku mula2 terima rawatan kat hospital ni bulan September 2006 lagi. Lama kot, 2008 baru nak buat operation.
Petang tu ayah hantar aku kat hospital, dan ayah balik lepas tu tinggal aku sorang kat wad. Aku sangat takut. Duduk dalam bilik yang jauh dari orang lain, sorang2. Aku cuba tabahkan hati tapi malam tu aku tewas jua. Airmata aku tumpah juga malam tu sebab rasa macam mak ayah tak sayang aku je. Huhuhu... Esoknya mak datang, aku tengok mak dan tak pasal2 aku nangis. ish..ish....
Dalam pukul 2.30 pm, aku ditolak masuk dalam bilik operation. Sangat2 berdebar. Allah sahaja yang tahu perasaan aku masa tu. Aku hanya mampu berserah. Aku redha kalau Allah nak ambil aku pun masa tu. Lepas masuk ubat bius, aku tak sedar apa. Bila aku sedar, jam dah pukul 9.30 malam. Wahh.. lamanya aku dalam bilik bedah. Aku rasa sangat mengantuk dan terus tertidur sampai pagi.
Bila aku sedar, kaki rasa macam kebas. kepala pening dan tekak rasa nak muntah. Bila aku sedar, aku teringat telefon bimbit aku yang dari petang semalam aku tinggal. Aku rindu sangat kat dia. Mesti dia risau sangat kat aku. Dia call aku, dan aku sangat happy dapat dengar suara dia walaupun aku masih tak banyak cakap sebab letih dan tak larat.
::.. Pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian betis kanan ahirnya berjaya, dan aku terus membuat rawatan sampai sekarang. Cuma tak sekerap dulu aku ulang alik ke hospital. Tapi hari ini, sakit tu datang lagi. Doktor pernah cakap, kalau sakit lagi, bagitahu dia. Mungkin dia akan buat rawatan lagi sebab ketumbuhan tu tak dibuang semua masa operation hari tu. huhuhu... Ketumbuhan tu nama saintifik dia Hemangioma in right calf.. Harap aku kuat hadapi semua ni..:::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan