Saya rindu awak..Awak tau tak saya sangat-sangat rindukan awak? hmm... Yang lepas tu, biarlah berlalu. Saya cuba tak nak ingat benda tu, tapi saya manusia biasa. Perkara yang terkesan di hati saya, mungkin ambil masa yang agak lama untuk saya lupakan. Saya bukan nak berdendam, saya nak baik-baik macam biasa.
Saya dah maafkan awak. Mungkin ambil masa sikit untuk saya pulih macam biasa. I will try my best. Saya perlukan masa untuk mengubati hati. Saya minta maaf awak.. Tanpa awak, hidup saya sangat sunyi. Saya sangat rindukan gelak tawa awak, rindu awak yang suka kacau saya, rindu awak yang selalu ambil berat pasal saya. I miss you dear....
Saya harap saya cepat pulih. Luka yang berdarah sekalipun ambil masa yang lama untuk pulih. Apatah lagi jika berkait dengan hati. Tapi takpelah, saya cuba. Saya sayangkan awak, tiap hari saya teringatkan awak, semua perkara yang saya buat, kepala saya asyik memikirkan awak je, awak tak tau semua ni. Awak mesti ingat saya marah, dah tak nak awak lagi. Kalau awak anggap macam tu, awak salah.
Saya akan terus merindui awak sebab saya manusia biasa, bukan komputer atau handphone yang boleh mendelete memori begitu sahaja. I miss you dear......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan