Dulu, dalam tahun 1997 sampai tahun 2000, aku sekolah kat sekolah yang aku datang buat PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) ni. Sekolah kat hujung kampung. Lepas tahun 2000, masa aku darjah 4, aku pindah ke sekolah dekat dengan rumah. Sebelah rumah ni je. Aku sangat malas nak datang sekolah ni. Tiap pagi mesti ada saje alasan yang aku buat. Sakit perut la, sakit kepala la. Bukan apa, cikgu kat sekolah ni garang sangat2. Sekarang pun datang buat PBS, aku masih sama, macam dulu. Malas nak datang sekolah ni, sebab cikgu2 kat sini buat aku rasa nak pencen dari jadi cikgu masa tu jugak..hehehe..
Mula-mula datang sekolah ni, aku teringat masa kecik2 dulu. Kadang-kadang, menitis air mata mengenangkan zaman aku kecik. Pagi-pagi datang sekolah dengan basikal. Aku pernah hampir-hampir nak kena langgar. Dahlah kurus sangat masa tu..( Sekarang dah gem0k..kekeke).. mak sediakan bekal bawa pergi sekolah. Bagi duit 50sen. Tu pun dah banyak. Biasa aku bawa duit 30sen je. Time rehat makan nasi yang mak buat, duit simpan tabung. Kadang-kadang beli makanan ringan.
Datang-datang sekolah ni rupanya ada lagi cikgu-cikgu aku yang ngajar aku dulu. Teringat pula kat kawan lama yang tak tahu pe citer sekarang ni. Aku rindu Fakhriah, Kakngah, Kiah, dan kawan-kawan yang lain. Rindu kat korang semua. Dah kawen ke kawan2 saya? Dah keje ke? ke masih belajar macam sy? ada kat mana sekarang? rasa nak tanya semua ni kat d0rang. Tapi tak tahu bila.. Kalau jumpa pun, mungkin tak ingat dah kot. Semua dah berubah..
Semalam aku jumpa Cikgu Zaim. Salah sorang cikgu aku jugak. Dia ngajar pemuihan khas. Aku dulu pun budak pemulihan. Aku tak tahu menulis dan membaca walaupun dah darjah 2. Tulisan aku terbalik mak aku cakap. Dislexia kot.. Aku pun tak tahu. Darjah 1 sampai darjah 3, aku duduk kat kelas yang last sekali. huhuhu.. Cikgu tu pun terkejut jugak bila aku cakap aku budak pemulihan khas. Kalau pemulihan kelas biasa ok lagi.. Aku pernah dapat nombor 30 dari 32 orang masa exam..hahahaha.. Alangkah pandainya aku..hehehe.. Seingat aku, Cikgu Zaim ni sangat garang. Kalau tak bagi perhatian masa dia ngajar, pembaris kayu yang panjang tu akan hinggap kat atas belakang. Cikgu tu agak terkejut gak la bila seorang budak pemulihan khas, datang2 sekolah nak jadi cikgu dah..hehehe...
Perkara yang tak pernah berubah dari darjah 1 hingga sekarang sepanjang aku kat sekolah ni, aku selalu tunggu pukul 1.15pm. Dan aku selalu tunggu hari khamis. Hari khamis hari yang paling best sebab esoknye cuti. Tunggu pukul 1.15pm sebab nak balik..kekeke...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan