Hari ni sangat-sangat penat. Tapi saya suka. Saya suka sebab tadi saya buat lompat jauh untuk sukantara KOT tahun ni. Suka sangat dapat lompat. Hampir 3tahun kot saya tak melompat. Lepas operation 2008, td baru kali pertama saya melompat. Sukanya saya... Masa kat padang tu juga, ada kawan tegur saya, awak pakai contact lens ke??hahaha.. Saya dah terperasan sekejap. hahaha.. Mata saya yang original punya la.
Sebelum sukan tadi, saya belajar kawad. Sangat seronok. Walaupun saya tak tahu macam mana nak kawad, tapi akhirnya dapat juga saya kawad dengan baik. Balik dari sukan petang tadi pula, malamnya pulak, saya pergi ke maktab semula sebab ada pertandingan pidato. Saya sekadar memeriahkan majlis sahaja. hehe... Pergi makan-makan dan santai-santai bersama-sama kawan-kawan. Balik tu, tumpang kawan. Tak sangka dia masih ingat saat mula-mula saya naik kereta dia. Saya memang dah lupa. Banyak makan semut. Hehehe..Rupa-rupanya saya kawan perempuan pertama yang naik kereta dia. Huhuhu..
Saya nak je hari macam hari ni tak berakhir. Dan saya nak je, tiap hari yang saya lalui, macam hari ni. Tapi mustahil la kan. Hari ni pun ada juga time tak best. Bila saya sedar, kawan-kawan saya dah berpuak-puak. Yang ni saya memang tak suka.. huhuhu.. Apapun, saya dah buat yang terbaik dan sekadar yang saya mampu untuk bahagiakan orang yang ada disekeliling saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan