Malam tu, hampir 15 tahun lepas. Hujan turun dengan lebat. Kilat sabung menyabung dan petir berdentum. Angin ribut sangat kuat. Aku ditemani mak dan adik. Aku sangat takut. Elektrik belum ada kat rumah aku masa tu. Masih guna pelita. Pelita terpadam kerana hembusan angin yang sangat garang.
Dalam samar-samar cahaya kilat, aku lihat dinding rumah sudah basah terkena hujan. Atap rumah daripada zin seakan-akan terangkat. Air hujan mula menitis ke mukaku. Rumah yang beratap seakan-akan sudah tiada bumbung. Tiba-tiba sebatang pokok depan rumah aku tumbang. Tangisan aku makin kuat mengajak mak keluar dari rumah. Tapi aku tak tahu nak pergi ke mana. Rumah mula bergoyang-goyang seakan hendak menyembah bumi.
Aku menangis lagi. Usia aku masih terlalu muda masa tu. Aku tak pasti sama ada umur empat ke lima tahun. Tapi kejadian itu masih segar dalam ingatan aku dan kejadian malam tu jugak sentiasa menghantui hidup aku sampai sekarang... Harap aku kuat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan